Aku menunggang basikal pulang dari sekolah. Aku mempercepatkan langkah supaya cepat sampai ke rumah. Tiba-tiba , aku terdengar bunyi dentuman yang kuat dari belakangku.
Aku menoleh ke arah belakang. Rupa-rupanya sebuah kereta terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di tepi jalan tersebut. Tanpa melengahkan masa, aku berlari sepantas kilat mencari pondok telefon untuk menghubungi pihak polis dan ambulans.
Aku berasa cemas bagai cacing kepanasan dan berlari ke tempat kejadian. Kelihatan ramai orang ramai telah menggerumi tempat kejadian itu. Pemandu kereta pengsan dan kepalanya berlumuran darah kerana terhantuk pada stereng kereta. Nasib baik, tiada penumpang yang cedera dalam kejadian ini.
Tidak lama kemudian, pihak polis dan ambulans pun tiba. Anggota penyelamat mengeluarkan mangsa dari kenderaan lalu menghantar mangsa kemalangan ke hospital. Beberapa orang pihak polis pula bertanggungjawab untuk mengawal kesesakan lalu lintas.
Anggota polis membuat siasatan di tempat kejadian. Aku memberikan maklumat tentang kemalangan itu kepada pihak polis. Pihak polis memuji dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan tindakan pantas aku. Selepas itu, semua orang pun beredar/ bersurai. Keadaan lalu lintas telah pulih semula. Aku pun pulang ke rumah.
Aku berasa sangat gembira kerana dapat bertindak pantas semasa waktu kecemasan dan membantu pemandu itu. Malang tidak berbau. Kejadian ini mengingatkan kami bahawa kita perlulah sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan raya.
No comments:
Post a Comment