Sabtu, 22 Februari 2020.
7.00 pagi
Ayah membawa kami sekeluarga pulang ke kampung datuk yang terletak di Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki kereta ayah. Perjalanan ke sana mengambil masa selama dua jam.
9.00 pagi
Kami tiba di rumah datuk. Datuk menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Kebetulan pada masa itu ialah musim buah-buahan. Datuk membawa kami melawat ke dusunnya yang berdekatan. Datuk juga mengajar kami cara-cara mengait buah rambutan dengan menggunakan galah. Kami tidak melepaskan peluang untuk menolong datuk memetik buah manggis dan langsat
12. 00 petang
Kami makan santapan tengah hari yang disediakan oleh nenek. Pelbagai jenis hidangan telah disediakan oleh nenek seperti nasi lemak, ayam goreng dan lain-lain. Kami makan dengan berselera sekali kerana makanan yang disediakan sangat sedap dan menyelerakan.
2.00 petang
Selepas makan, datuk membawa kami pergi ke padang untuk menyaksikan pertandingan memangkah gasing. Pertandingan ini akan diadakan pada setiap bulan untuk mengeratkan hubungan antara penduduk. Saya telah belajar teknik memangkah gasing dengan betul.
5.00 petang
Datuk membawa saya dan adik memancing ikan di tepi sungai yang berhampiran dengan rumah datuk. Air sungai di sana jernih seperti cermin. Terdapat banyak ikan di dalam sungai. Kami berjaya memancing ikan yang banyak. Kami telah membawa ikan yang dipancing pulang ke rumah datuk untuk dimasak hidangan malam.
8.00 malam
Sebelum pulang, datuk telah memberikan kami beberapa jenis buah-buahan sebagai buah tangan. Kami berasa berat hati untuk pulang ke rumah. Pengalaman ini amat menyeronokkan. Aku berasa sungguh seronok kerana dapat pulang ke kampung dan pergi ke dusun datuk.
No comments:
Post a Comment