Saya terpaku di hadapan televisyen kerana sedang mengikuti rancangan televisyen dengan asyik. Tiba-tiba , saya terhidu bau hangit. Saya berasa sangat hairan. Saya pun menjenguk dari jendela. Saya ternampak asap berkepul-kepul dari sebuah rumah.
Saya berlari pantas seperti kilat menuju ke arah rumah itu. Rupa-rupanya rumah itu telah dijilat api. Tanpa melengahkan masa,Saya segera menghubungi pihak bomba dengan mendail angka 999. Saya ternampak banyak penduduk membantu pemilik rumah untuk mengemas barang-barang yang berharga dari rumah. Tuan rumah juga tidak lupa untuk mengeluarkan dokumen penting dari rumah.
10 minit kemudian, siren kereta bomba kedengaran. Pasukan bomba dan polis telah tiba di tempat kejadian. Pihak bomba menyalurkan air daripada pili bomba ke kereta bomba. Mereka yang berani seperti harimau bertungkus-lumus untuk memadamkan api.
Oleh sebab angin bertiup kencang pada masa itu, api semakin marak. Semua penduduk berasa cemas dan khuatir. Mereka risau kalau-kalau api merebak ke rumah mereka. Mujurnya, pihak bomba yang berani macam hariumau terus melawan api yang marak. Selepas setengah jam, api berjaya dipadamkan.
Malang tidak berbau, rumah itu telah hangus terbakar. Tuan rumah sekeluarga berasa susah hati dan tidak dapat menahan sebak. Jiran-jiran tuan rumah pun memujuk mereka.
Kami berasa simpati terhadap tuan rumah. Tuan rumah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang membantu mereka sekeluarga. Dia berasa bersyukur kerana terselamat daripada kebakaran tersebut.
.
No comments:
Post a Comment